Wednesday, August 5, 2009

Bye bye

I nak delete ah blog ni.. busan. boleh x? Rasa cm berpure2 je dlm blog ni.. erkk.

Monday, June 29, 2009

Hantu Seram

Tadi member I call. Cemas betul suara dia. I tanya la kenapa? Dia cakap dalam minggu ni dah banyak malam dah dia miss tidur. I tanya lagi kenapa banyak miss tidur? Tak sihat ke? Dia cakap ya. Dia tak sehat. Tapi bukan badan dia tak sihat, mental dia yang tak sehat. Dah tiga malam berturut-turut dia kena kacau makhluk aneh yang suka berlari. Time dia tidur, dalam pukul 2 atau 3 pagi dia akan dengar bunyi seolah-olah orang sedang berlari. Then, bila makhluk tu dah dekat dengan katilnya, makhluk aneh itu berhenti berlari dan merenung muka dia dekat-dekat. Dia tak berani nak bukak mata tapi boleh rasa deru nafas makhluk aneh tu. Ini bukan cerita bohong. Ini cerita benar. Cuba u all bayangkan...


*************************************************


Juliet adalah seorang pelajar yang pintar. Sewaktu usianya 16 tahun, kerana memperoleh 8A dalam PMR, beliau mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh yang terkenal di negara metrofulus iaitu Sekolah Menengah BP Keladi Bunting.

Juliet tidak janggal tinggal di asrama kerana telah biasa berdikari. Satu dorm mampu memuatkan lebih kurang 50 orang pelajar. Juliet menginap di Asrama Puteri atau ringkasannya ASPURI. Juliet dapat ramai kenalan baru. Ketua warden di asrama Juliet itu bernama Cikgu Kordiyah. Cikgu Kordiyah juga amat peramah dengan Juliet menyebabkan Juliet kurang rasa kekoknya.

Pada malam pertama Juliet tidur di asrama itu, tiba-tiba bulu romanya menegak. Juliet kurang pasti mengapa tiba-tiba dia berasa kurang selesa dan juga berdebar-debar. Adakah beliau sudah mau demam? Tidak, suhu badannya normal. 37 darjah celcius. Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk tidak memikirkan soal itu lantas terus masuk tidur.



Jam 2.30 pagi.

Juliet terjaga. Aneh. Terdengar bunyi orang berlari di sepanjang koridor hostel itu. Beliau diam.

'Sape pulak lari tengah-tengah malam ni? Gilee ke hape?'

Hati Juliet bersuara. Kemudian, makin lama, bunyi tapak kaki berlari itu makin dekat. Juliet kaget. Beliau pejamkan mata kerana berasa takut yang amat sangat. Beliau tidak pasti siapakah yang sedang menghampirinya. Terasa deruan nafas kasar makhluk itu betul-betul di hadapan mukanya. Juliet tau makhluk itu tengah merenungnya. Lantas Juliet membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran untuk menghalau makhluk tersebut.



5 minit kemudian.

Tiada lagi bunyi nafas kasar makhluk itu. Juliet lega dan terus tertidur sehinggalah keesokan harinya. Pagi itu, Juliet nekad mahu menceritakan kejadian aneh itu kepada senior di sekolahnya itu. Tujuan beliau adalah untuk mengetahui cerita sebenar.



"Betul kak. Juli dengar bunyi orang lari-lari kak. Pastu, dia tenung Juli kak."

"Mana Juli tau dia tenung Juli?"

"Juli dengar bunyi nafas dia kak..nafas kasar dia kena kat muka Juli kak."

"Juli tak tengok sapa dia?"

"Ish akak ni, Juli takut sangat time tu, takde masa nak bukak mata. Bukak idung bolehla kak."

"Bagus lah kalau Juli tak tengok dia. Bahaya."

"Bahaya? Kenapa kak bahaya? Akak cerita la. Juli nak tau."

"Erk.. takde pape. Juli jangan fikir yang bukan-bukan ye dan satu je pesan akak, jangan ceritakan hal ni dekat orang lain."

"Kak! Tunggu! Juli belum habis cakap lagi ni!"



Senior tersebut tidak menghiraukan panggilan Juliet dan dia tergesa-gesa kembali ke kelas. Dia hanya mengharapkan Juliet melupakan sahaja perkara tersebut kerana jika Juliet tahu perkara sebenarnya, habislah terbongkar rahsia sekolah itu yang telah tersimpan rapi selama 15 tahun. Senior tersebut hanya mahukan keselamatan junior-juniornya terjamin. Jika rahsia ini diketahui umum, pasti ramai orang tidak mahu menghantar anak mereka belajar di sekolah ini lagi.



Malam.

Malam ini Juliet nekad mahu menangkap makhluk tersebut. Beliau mahu tau rahsia apa yang cuba disembunyikan oleh akak senior siang tadi. Ya. Malam ini penentunya dan Juliet tidak mahu bertangguh-tangguh.

Pukul 2.30 pagi.

Juliet pura-pura tidur. Semua rakan-rakannya telah lama lena dibuai mimpi yang indah-indah. Hati Juliet mula berasa tidak tenteram. Beliau menyesal kerana tidak tidur betul-betul. Rasa seram mula menyelubungi jiwanya sekarang.

'Mati aku, mati!'
Juliet memaki dirinya sendiri. Tapi segalanya sudah terlambat. Bunyi orang berlari mula kedengaran. Juliet tergamam. Beliau senyap dan membatukan diri. Seperti semalam, selepas berlari, makhluk itu akan merenung mukanya. Deruan nafas kasar makhluk itu terasa deras di muka Juliet. Juliet berisghtifar dan berdoa;

'Ya Allah, jauhkan aku dari syaitan yang dikutukkk...amin..'

Secara tiba-tiba, Juliet seolah-olah memperoleh kekuatan. Beliau nekad untuk melihat bagaimanakah rupa makhluk yang mengganggunya itu. Beliau membuka matanya. Saat ini, Juliet sangat sangat terkejut dan hampir pengsan.



"Cikgu Kordiyahh!!!!! Apa cikgu buat ni????"

"Hehe. jangan lah marah Juli. Cikgu saje tenung muka awak, nak tengok awak da tidur ke belum sebab semalam cikgu perasan awak terjaga time time macam ni."

"Ooooo. Cikgu la yang berlari pagi-pagi bute ni. Kenapa??"

"Cikgu senaman la. Cikgu malu nak jogging siang-siang. Pengetua suka ejek cikgu. So, cikgu jogging pagi-pagi macam ni time orang tido. Cikgu nak jogging kat tepi jalan raya cikgu takut. Baek jogging kat koridor ni je, hehe. Cikgu nak kurus sikit sebab nak ngorat pengetua kamu tu la. Dia kan duda."

"Hai.. cikgu cikgu...macam-macam."

Maka, misteri pun selesai.



Note: Kisah hantu ni kisah benar, tetapi ending cerita ni sengaja bagi macam lawak. Hakikatnya memang ada kisah ni. Kawan I tu sampai telan panadol 6 biji setiap hari, takut terbangun lagi pukul 2,3 pagi.






Sunday, June 28, 2009

Bakal Romeo

Hot! Hot! Ini cerita hot! I dah jatuh cinta. Tapi malangnya, Romeo tu dah ada tunangan. Kalau solo, boleh la I ngorat dia, betul tak? Ni Romeo tu hak orang, takpe lah. Lupakan je dia. Banyak lagi Romeo di luar sana. Sabar je lah Juliet. T__T Mari, jom kita bayangkan...


*****************************************************


Juliet merupakan gadis tercantik di kampungnya. Bukan sahaja cantik, tetapi pandai serta sopan santun. Juliet sering menjadi bualan mulut-mulut orang di Kampung Pinggan Terbang itu. Malahan, ramai romeo-romeo teringin untuk memiliki Juliet.

Tetapi hati Juliet telah terpaut pada Romeo. Siapa yang tidak kenal Romeo? Semua orang mengenali Romeo. Tetapi dalam banyak-banyak gadis di kampungnya, gadis kampung jirannya juga dapat menambat hatinya iaitu Juliet. Pada mulanya, Juliet tidak menyukai Romeo. Tetapi hinggalah pada suatu hari Romeo menyelamatkan Juliet daripada di patuk ular. Romeo dengan gagahnya telah berjaya membunuh ular itu dan berjaya memiliki hati Juliet.

Semua orang tidak menyukai Juliet yang asyik ke hulu dan ke hilir dengan Romeo. Mereka cemburu agaknya. Pada suatu malam, ibu Juliet telah menasihatinya.



"Juli, cukup-cukup la tu Juli. Mak dah tak larat nak dengar kata-kata kesat dari mulut orang kampung kita ni."

"Kenapa pulak mak?"

"Kamu jangan lah kawan lagi dengan Romeo."

"But why? why?? Mak cakap mak, kenapa Juli tak boleh kawan dengan Romeo? Juli sayang dia, mak."

"Juli, dengar cakap mak sayang, tinggalkan dia.."

"Mak kejam.."



Lantas Juliet melarikan diri ke tepi sungai bagi mengubati hatinya yang lara. Kemudian, Romeo tiba-tiba datang. Juliet mendengar bunyi derapan kaki dan dapat menganggak itu adalah Romeo kerana mereka telah berjanji untuk berjumpa pada malam itu.

"Romi, mak Juli dah tak bagi kita kawan.. Juli sedih.."



Romeo hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah Juliet dengan pandangan yang kasihan. Beliau tidak cakap apa-apa.

"Romi, kenapa diam? Romi pun dah tak nak kawan dengan Juli?"



Romeo masih lagi diam tanpa memberikan apa-apa respon terhadap kata-kata Juliet. juliet mula berang dengan sikap Romeo.

"Cakap Romi! Cakap! Romi dah tak nak kawan lagi ke dengan Juli?? Romi dah tak sayangkan Juli????"



Dengan pantas Romeo menjawab;

"Miawwww.."







Akibat tak ada Emel

Oh.. ini kah pertama kali I menulis dalam belog? Apakah perasaan I sekarang? Gembira? ya. mungkin gembira kerana apabila makhluk-makhluk yang celik IT tidak boleh memperlekehkan I lagi. Sebab apa? sebab I ada BELOG. Ceh. Apa yang I banggakan sangat dengan BELOG I ni? I pun tak tau. Jom kita bayangkan...


**************************************************


Juliet adalah seorang bekas graduan dari Universiti Chempaka Sari. Beliau dahulunya mengambil bidang IT. Beliau sangat meminati bidang ini walaupun rakan-rakan sering mengatakan bahawa orang yang mengambil bidang ini, sukar untuk mendapat pekerjaan. Mengapa? Tapi ternyata kata rakannya betul. Sudah banyak temuduga kerja yang Juliet hadiri. Tetapi malangnya, satu kerja pun beliau tidak dapat. Adakah inilah digelar 'tulah' kerana tidak mendengar nasihat rakan-rakan. Yelah. Tanpa rakan siapalah anda.

Pada suatu hari, Juliet pergi ke Bandar Haiwan untuk menghadiri satu temuduga. Pukul 6 pagi Juliet sudah terpacak di hadapan bangunan tempat beliau bakal menghadapi temuduga itu.

'Wow...besar jugak bangunan ni ya. Agak-agak, apa kerja yang aku boleh mintak?' hati Juliet bersuara.

"Masuk...'" terdengar suara seorang lelaki memanggilnya masuk. Juliet melangkah perlahan dengan dada yang berdebar-debar.

"Erm.. awak tau apa kerja yang saya boleh tawarkan?"

"Saya tak tau tuan, saya terima je kerja apa-apa. Sebab dah 10 tahun saya mengganggur tuan."

"10 tahun??? Awak biar betik."

"Saya bukan betik, tuan."

"Okaylah...macam ni, apa kata kalau saya tawarkan awak kerja sebagai cleaner di Syarikat Beruang ni?"

"Cleaner tuan? Saya ada ijazah dalam bidang IT tuan. Takkan la saya jadi cleaner je tuan?"

"Tu je jawatan yang kosong kt syarikat saya ni.."

"Okaylah tuan, cleaner pun cleaner la. Saya sanggup."

"Okay, set. Awak ada emel?"

"Emel, tuan? Apa kejadahnya tu?"

"Ha? takkan la awak tak tau apa itu emel? Awak kan graduan bidang IT."

"Sumpah saya tak tau tuan."

"Kalau macam tu, saya tak boleh menggaji awak. Emel pun tak tau. Sekarang zaman dah moden tau. Baik awak jual nasi lemak je dekat tepi jalan. Saya tak perlukan pekerja yang betul-betul buta IT macam awak. Awak boleh pulang."

Dengan langkah kaki yang longlai, Juliet terpaksa pulang. Dan pada malam itu juga dia berazam untuk memulakan perniagaan nasi lemak seperti yang disarankan oleh bos di Syarikat Beruang itu. Juliet menjual nasi lemak dari satu rumah ke satu rumah yang lain.

Setiap hari Juliet menjualnya. Beliau tidak kenal erti putus asa. Keuntungan daripada penjualan nasi lemak itu akhirnya berlipat ganda. Dari beliau menjual dari rumah ke rumah, Juliet mampu memiliki gerai sendiri. Ramai pelanggan membelinya setiap hari. Juliet bertambah untung dan beliau mampu pula untuk memiliki sebuah kedai. Lama-kelamaan, beliau mampu pula memiliki sebuah restoran.

Sekarang, Juliet mempunyai beberapa buah restoran nasi lemaknya di setiap negeri di negara Metrofulus ini. Juliet telah menjadi jutawan. Duitnya melimpah-ruah.

Pada suatu hari, Juliet bercadang mahu pergi ke bank untuk membuat akaun. Duitnya selama ini hanya disimpan di dalam banglo mewahnya sahaja. Jadi, kali ini, beliau nekad untuk menyimpannya di dalam bank.

"Saya nak buat akaun di bank Singa Lapar ini."

"Baik, cik. Sila tunggu sebentar."

"Okay."

Lima minit kemudian.

"Okay, Cik isi borang ni ye.." Juliet pon mengisinya.

"Ok dah."

"Eh.. ruangan emel ni pun cik kena isikan."

"Saya takda emel dan saya tak tau apa itu emel."

"Ha??? cik biar betul. Cik tak tau apa itu emel? Cik tau tak apa kepentingannya ada emel ni?"

"Tau, jadi cleaner dekat Syarikat Beruang."